BlackBerry (filem)

BlackBerry ialah filem Kanada yang terbit pada tahun 2023 bergenre drama komedi biografi. Filem ini diarahkan oleh Matt Johnson dan filem yang paling banyak mendapat pencalonan kategori dalam sejarah Anugerah Skrin Kanada. Mathew Williams sebagai penerbit mengambil plot filem[5] daripada karya buku terbitan Jacquie McNish dan Sean Silcoff yang bertajuk Losing the Signal: The Untold Story Behind the Extraordinary Rise and Spectacular Fall of BlackBerry (hilangnya signal: alkisah sebuah rahsia tentang eksplotiviti kejayaan dan keruntuhan daripada BlackBerry). Filem ini merupakan akaun fiksyen mengenai awal mula penubuhan jenama telefon bimbit BlackBerry.[6]Pengasas syarikat itu ialah Douglas Fregin, Mike Lazaridis, dan sokongan kewangan daripada Jim Balsillie sebagai pelabur. Lazaridis dilakonkan oleh Jay Baruchel, Balsillie dilakonkan oleh Glenn Howerton, dan Fregin dilakonkan oleh Johnson. Ia menampilkan pelakon-pelakon lain dalam peranan sebagai watak sokongan oleh Rich Sommer, Michael Ironside, Martin Donovan, Michelle Giroux, SungWon Cho, Mark Critch, Saul Rubinek, dan Cary Elwes.BlackBerry ditayangkan perdana dalam pertandingan di Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-73 pada tarikh 17 Februari 2023. Ia telah dikeluarkan di Kanada pada 12 Mei 2023, dengan ulasan yang positif. Pada penghujung 2023, Blackberry telah diterbitkan semula sebagai siri mini TV dengan tiga bahagian dan rakaman tambahan.

BlackBerry (filem)

Bahasa Inggeris
Berdasarkan Losing the Signal: The Untold Story Behind the Extraordinary Rise and Spectacular Fall of BlackBerry oleh
Jacquie McNish
Disunting oleh Curt Lobb
Muzik oleh Jay McCarrol
Pengarah Matt Johnson
Dihasilkan oleh
Pecah panggung $2.9 juta[3][4]
Syarikatpenerbitan
Lakon layar
Sinematografi Jared Raab
Bajet $5 juta[2]
Tarikh tayangan
  • 17 Februari 2023 (2023-02-17) (Berlin)
  • 12 Mei 2023 (2023-05-12) (Canada)
Masa tayangan 121 minit
Negara Kanada[1]
Dibintangi
Diedarkan oleh Elevation Pictures